Dilema
Sebentar tadi ana baru sahaja membelek-belek buku yang ana beli pada pertengahan tahun 2009, macam sekarang ni dah 2010 pulak, hehehehe *_*. tajuknya lebih kurang begini 'Neraka Bukan Untukmu' Karangan Dr Musthafa Murad. Ana belum berkesempatan untuk menghadamkan buku ini dan yang pasti ayah ana yang sebenarnya sedang membaca buku ini. *_* heee no komen. nak kata ana sibuk tidakla juga. ana ni memang moody agaknyer.... nanti ada masa ana bacalah.
Yang ana ingin kongsikan disini ialah dalam pada ana membelek buku ini ana terbaca sepotong hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda, " Neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Lalu, surga diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang - orang fakir," (HR Ahmad)
Membaca hadis ini membuatkan ana terfikir dimanakah kedudukan diri ana yang bergelar wanita. Wallahualam. Semoga kita yang bergelar wanita sama-sama merenung kembali/Muhasabah diri dan kembalilah kepada-Nya.
Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...
Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
P/s tiada siapa yang sempurna dimuka bumi ini kerana kesempurnaan itu milik Allah swt. Pengampunan Allah swt lebih besar daripada segala kesilapan kita jadi jangan berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang-Nya













